Google
 
Showing posts with label Bukhari dan Muslim. Show all posts
Showing posts with label Bukhari dan Muslim. Show all posts

Sunday, March 23, 2008

Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Setiap tanggungjawab yang telah ditugaskan kepada seseorang hendaklah dilaksanakan sebaik-baiknya.
2. Apabila terdapat dikalangan pemimpin yang menyeleweng daripada garis kebenaran, sebagai rakyat mreka hendaklah berusaha menegur supaya pemimpin tersebut kembali ke pangkal jalan disamping memohon doa kepada Allah S.W.T.
3. Adalah tidak wajar bagi rakyat atau orang bawahan terus menunjukkan sikap penentangan tanpa mengemukakan sebarang pandangan, teguran dan fikiran yang berfaedah terlebih dahulu.
4. Semua pihak hendaklah sentiasa berusaha supaya jurang pemisah antara pemerintah dan rakyat sentiasa harmoni, tidak berlaku sebarang keretakan dan kekurangan.

Sunday, March 2, 2008

Belanjakanlah Harta Pada Jalan Kebajikan

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya sahabat-sahabat kita yang telah lalu telah pun meninggal dunia Allah tidak mengurangi martabat mereka dengan sebab cintanya kepada dunia, dan sesungguhnya kita juga memperolehi harta yang banyak, tidak ada tempat untuk menyimpannya melainkan didalam Tanah. Kalaulah tidak kerana Nabi saw. Telah melarang kita dari berdoa untuk mati, nescaya aku akan berdoa dengannya”. Kemudian kami datang kepada baginda disuatu ketika yang lain, sedang pada masa itu beliau sedang membina dinding, lalu Baginda pun bersabda, “ sesungguhnya seseorang muslim itu akan diberi pahala pada setiap perkara yang dibelanjakannya melainkan pada benda yang disimpannya dalam tanah, kerana melebihi dari keperluan”.
Riwayat al. Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Islam melarang mengumpul harta terlalu banyak untuk kepentingan diri sendiri. Sebaliknya ia digalakkan membelanjakannya untuk kebajikan semoga mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
2. Islam tidak melarang umatnya cintakan dunia dan mencari harta kekayaan yang banyak, asalkan harta-harta tersebut didapati dari unsur-unsur yang halal dan dibelanjakan untuk pembangunan ummah. Dan tidak hanya untuk disimpan sahaja.
3. Umat Islam hendaklah sentiasa bersabar didalam menghadapi segala cubaan yang diberikan oleh Allah SWT. Serta berusaha untuk mengatasinya dari masa kesemasa.

Tuesday, February 19, 2008

Keabadian Islam

“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Islam berdiri di atas tiga konsep yang penting iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Secara ringkasnya, iman adalah berkaitan dengan kepercayaan seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan sebagaimana yang disebutkan dalam hadith di atas. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.
2. Rasullullah mendifinisikan Islam dengan takrif (difinisi) yang bermacam-macam sebagai mengingatkan pentingnya bagian-bahagian tersebut di mana aqidah adalah tercermin dalam pelaksanaan rukun iman dan ibadah pula tercermin dalam pelaksanaan rukun Islam. Oleh itu sesiapa yang melanggar mana-mana rukun ini bererti ia telah meruntuhkan agama yang dianutinya.
3. Islam adalah ajaran yang integral (lengkap) di mana ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam tidak akan pernah hilang dari permukaan bumi dan tidak akan pernah berganti kerana Allah sendiri yang berjanji akan menjaga kesempurnaan ajaran ini.

Thursday, February 14, 2008

Larangan Bunuh-membunuh Tanpa Hak

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian
Pengajaran hadis:
i) Niat menjadi ukuran amalan atau perbuatan manusia sehingga orang yang membunuh (tanpa hak) dan terbunuh sekalipun dikira sebagai berdosa jika dia juga mempunyai niat untuk membunuh lawannya.
ii) Dosa membunuh termasuk dalam dosa-dosa besar. Ia hanya akan terhapus dengan bertaubat nasuha kepada Allah.
iii) Islam amat menghormati nilai-nilai akhlak. Dalam Islam terdapat nilai-nilai yang tidak dapat diganggu gugat dan bersifat kekal. Oleh itu jika dengan alasan kebebasan kita menganggap boleh melanggar norma-norma akhlak maka ia akan membahayakan keadaan dan seluruh umat manusia. Oleh itu al-Quran meletakkan pembunuhan terhadap manusia laksana pembunuhan terhadap seluruh umat manusia sebagaimana firman Allah maksudnya "Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman atasnya kerana telah membunuh orang lain atau kerana telah melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia telah membunuh semua manusia" (al-Nisa’:32)
iv) Setiap daripada kita dilarang daripada melanggar kehormatan dan martabat manusia lain dalam erti kata kita bertanggungjawab menjaga nyawa. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.” (al-Isra’: 33 )
v) Allah bukan sahaja mengharamkan perbuatan membunuh orang lain tetapi juga mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Lebih jauh dari itu Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri yang mana Allah memberikan jalan penyelesaiannya dengan Hukum Qisas. Oleh yang demikian peranan anggota keselamatan dalam memastikan keselamatan nyawa dan jiwa dalam masyarakat adalah amat penting.

Saturday, February 9, 2008

Thursday, February 7, 2008

Istimewanya Madinah

Rasulullah pernah berdoa yang maksudnya:“Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah.”
(Bukhari dan Muslim)

Huraian
Rasulullah SAW telah berhijrah ke Madinah dan menjadikannya sebagai medan dakwah dan seterusnya sebagai Tanah Suci kedua selepas Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Ia kaya dengan sejarah-sejarah yang jelas terkandung di dalam Al-Quran. Sebelum Rasululullah SAW memasuki Madinah, ia merupakan sebuah negeri tempat bersarangnya penyakit.

Antara kelebihan dan keistimewaan Madinah ialah:

1.Bumi Yang Subur Dan Makmur- Bumi Madinah mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat lebih daripada khasiat yang terdapat pada tamar-tamar lain. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang di waktu pagi makan 7 biji kurma Ajwah, pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir.”

2. Masjid Nabawi- Ia terletak di tengah-tengah kota Madinah. Asalnya ia merupakan tapak pusat pengeringan tamar dan kebun tamar milik dua orang anak yatim iaitu Suhail dan Sahl. Rasulullah SAW telah membeli tanah itu daripada mereka dan membangunkan masjid bersama-sama dengan Kaum Ansar dan Muhajirin. Sabda Rasulullah SAW: “Pahala solat di masjidku ini adalah 1000 kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram,”( Bukhari dan Muslim)

3. Tanah Haram- Seperti Makkah, Madinah juga merupakan tanah haram. Ianya menjadikan setiap umat Islam sentiasa berwaspada dan memelihara diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT ketika berada di sana. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Madinah adalah tanah haram, letakknya antara Bukit Eir dan Bukit Tsur,sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman di dalamnya maka ke atasnya laknat Allah SWT,malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan sama ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah SWT daripadanya pada hari kiamat kelak.” ( Bukhari dan Muslim)

4.Keutamaan Meninggal Dunia di Madinah- iaitu bagi sesiapa yang boleh menetap di Madinah hingga sampai ajalnya. Oleh kerana ini jugalah maka Khalifah Umar r.a pernah berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalan-Mu dan jadikanlah matiku di negeri Rasul Mu.”

5.Terpelihara Daripada Dajjal- Madinah merupakan kota yang dijanjikan Rasulullah tidak akan di masuki oleh Dajjal. Anas ibn Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak ada suatu negeri pun kecuali Dajjal akan memasukinya kecuali Makkah dan Madinah ,di keduanya tidak terdapat satu tempat pun kecuali para malaikat akan berbaris menjaganya. .Kemudian Madinah akan menggongcangkan penduduknya sebanyak tiga kali,lalu Allah SWT mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik.”(Riwayat Bukhari)

Demikianlah antara kelebihan atau keistimewaan Madinah. Maka tidak hairanlah jika sekali bumi Madinah dipijak, akan terasa kerinduan untuk mengunjunginya lagi. Ini kerana suasana di Madinah cukup aman dan damai serta penuh dengan ketenangan. Semoga dengan mengunjungi Madinah akan dapat menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Islam Question and Answer